PENGGUNAAN KATA BANTU :
BOLEH dan DAPAT
Kata bantu boleh dan dapat
kerap digunakan oleh penutur bahasa Melayu,
baik lisan mahupun tulisan. Apakah
perbezaan antara kedua-dua kata bantu itu?
Kata bantu boleh digunakan
untuk maksud “keizinan’. Contohnya :
1.
Kamu
boleh pergi ke tandas jika semua latihan telah disiapkan
2.
Mereka
tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya.
Kata bantu dapat pula digunakan untuk maksud “keupayaan”.
Contohnya :
1.
Adik
sudah dapat menunggang basikal itu.
2.
Ayah
masih tidak dapat melakukan kerja yang berat kerana badannya masih
lemah.
(dipetik
daripada ruang Soal Jawab Bahasa, Pelita Bahasa Mei 2010, Dewan Bahasa &
Pustaka)
No comments:
Post a Comment