Thursday, April 9, 2020

Ciri-ciri Sebuah Penempatan Idaman Anda

Berikut merupakan contoh karangan yang dikategorikan sebagai karangan cemerlang. Karangan ini merupakan sebahagian bahan yang terdapat dalam arkib karangan SPM dalam simpanan saya. Insya-Allah saya akan terbitkan beberapa karangan yang masih tersimpan agar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. Untuk makluman, karangan yang masih tersimpan itu merupakan karya murid-murid yang saya bimbing dengan sedikit penambahbaikan, karya guru-guru BM dari Kerian dan juga Jurulatih Utama BM negeri Perak. Saya mohon izin diterbitkan dalam blog saya agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca. Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan dari segi tatabahasa dan mungkin juga terdapat beberapa kelemahan yang tidak disedari semasa suntingan dibuat. Murid-murid disaran merujuk guru BM masing-masing jika terdapat sebarang keraguan.


Setiap orang ingin akan kawasan penempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

(Karangan ini ditulis oleh pelajar yang telah disunting)

Contoh karangan
Catatan

             Petempatan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah tamadun(AR1). Tanpa sebuah petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan sebagainya(AR2). Sebuah petempatan yang maju dapat menjadi pendorong  kepada kegemilangan sesebuah tamadun(AR3). Bagi saya dan keluarga petempatan yang selesa, bersih dan selamat menjadi pilihan(Ayat Arah).


Pendahuluan:
AR1(Ayat Ransangan 1)
AR2
AR3


 Ayat Arah

             Keselesaan adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih sesebuah petempatan. Apa gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga beratus-ratus ringgit tidak selesa untuk didiami oleh pemiliknya. Bukankah ini satu  kerugian namanya. Keadaan sekeliling yang masih mengekalkan keadaan geografinya serta bebas daripada pencemaran amat sesuai bagi kami sekeluarga yang sangat mencintai flora dan fauna. Setelah penat sehari-harian menjalankan tugas di kota metropolitan yang dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti gas karbon dioksida, gas karbon monoksida dan sebagainya, sebuah petempatan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, burung-burung berkicauan, udara yang segar serta bunyi deruan air sungai dapat mengembalikan ketenangan fikiran serta mencergaskan badan yang kelesuan. Oleh itu, sebuah petempatan yang berada di pinggir kota menjadi pilihan saya dan  keluarga.


Isi 1 – Keselesaan 
     
Ayat Huraian yang jelas.


Contoh yang diberikan sesuai.







Ayat penegas
         
              Selain itu, sebuah petempatan yang tersusun turut menjadi pilihan. Semasa tamadun Indus, Bandar Harappa, mempunyai susunan bangunan yang sangat terancang. Bangunan berbentuk segi empat disusun rapi pengaplikasian ilmu matematik dan geometri telah menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang gemilang. Petempatan yang terancang lebih menyedapkan mata yang memandang jikalau dibandingkan dengan sebuah petempatan yang bangunannya disusun sesuka hati. Fikiran yang sudah sarat dengan masalah di tempat kerja akan menjadi lebih serabut apabila terpandang keadaan petempatan yang tidak terancang.Jelaslah bahawa, sebuah petempatan yang tersusun dapat membentuk sebuah organisasi yang kukuh dan hal ini telah dibuktikan oleh tamadun-tamadun sebelum ini.



Isi 2 – petempatan yang tersusun.

Ayat Huraian yang jelas.

Contoh yang diberikan sesuai.

Kosa kata yang digunakan luas


Ayat Penegas

               Kebersihan sesuatu tempat amatlah penting kerana kebersihan tempat tinggal menjamin kesihatan penduduk. Cuba bayangkan sebuah petempatan yang mempunyai sistem perparitan yang tersumbat disebabkan oleh sampah sarap, tempat pembuangan sampah yang tidak pernah dibersihkan serta anjing-anjing liar berkeliaran di sana sini. Keadaan ini pasti mengundang penyakit berbahaya seperti denggi, taun, keracunan makanan dan sebagainya. Jikalau saya memilih petempatan seperti ini, nescaya kos perubatan keluarga saya akan meningkat dan generasi saya pada masa akan datang berpotensi tinggi mengalami sebarang penyakit. Saya tidak tergamak mahu merampas masa depan generasi akan datang. Hanya kerana sikap tidak prihatin akan kebersihan seluruh generasi saya akan menanggung akibatnya. Oleh yang demekian, petempatan yang bersih pasti menjadi pilihan kami. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.


Isi 3- tempat tinggal yang bersih


Ayat Huraian yang jelas dan matang.

Contoh yang diberikan sesuai.

Kosa kata yang digunakan luas


Ayat Penegas
Ungkapan menarik tepat


       Petempatan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan- kemudahan lain adalah menjadi impian banyak keluarga, begitu juga dengan keluarga saya. Dengan adanya kemudahan seperti sekolah, klinik, taman rekreasi, telefon awam dan sebagainya dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga lebih mudah. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan seperti sekolah, ibu bapa tidak perlu bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke tempat yang lebih jauh untuk menuntut ilmu. Ada pepatah mengatakan menuntut ilmu hingga ke negeri China. Namun, pada usia yang mentah, anak-anak lebih mementingkan keseronokan daripada keselamatan . Dengan adanya sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal, tidak perlulah saya berasa bimbang akan keselamatan anak-anak ketika mereka pergi mahupun pulang dari sekolah kerana saya akan menghantar dan mengambil mereka pulang. Risiko  penculikan atau pemerdagangan kanak-kanak dapat dihindari. Sesungguhnya kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu menjadi lebih bahagia.


Isi 4- terdapat kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan lain.

Contoh yang diberikan sesuai.

Ungkapan menarik tepat

Ayat Huraian yang jelas dan matang

Kosa kata yang digunakan luas

Ayat penegas
          Kemudahan lain seperti pengawal keselamatan yang mengadakan rondaan yang kerap dapat mengatasi masalah penculikan dan rompakan yang sering berlaku di negara kita belakangan ini. Dengan adanya kemudahan seperti ini, tahap keselamatan penduduk di kawasan petempatan tersebut lebih terjamin. Tambahan pula, dengan adanya pekerja-pekerja yang diupah bagi menjaga kebersihan kawasan tersebut dengan memastikan sampah-sampah dikutip dan dibuang ke tempat pelupusan sampah, rumput-rumput dipotong, sistem perparitan berfungsi dan sebagainya lagi. Petempatan yang mempunyai ciri-ciri ini amat bersesuaian dengan keluarga kami.


Isi 5- kemudahan keselamatan

Contoh yang diberikan sesuai.


Ayat Huraian yang jelas


Ayat penegas
          Apa gunanya jikalau sebuah petempatan itu cantik dan bersih tetapi jiran sebelah-menyebelah tidak  bertegur sapa. Keluarga  kami sangat mementingkan semangat kejiranan kerana perkara ini ada ditekankan di dalam Al-Quran. Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyat . Perpaduan rakyat bermula dengan semangat kejiranan yang jitu. Jiran yang mengambil berat akan perihal jirannya serta bersedia membantu jirannya yang berada di dalam kesusahan dapat memajukan sesebuah negara. Komuniti yang mesra serta mengambil berat antara satu sama lain adalah satu komuniti yang menjaminkan kehidupan yang bahagia. Perkara ini telah dibuktikan dengan pembukaan Kota Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Kesediaan kaum Ansar membantu kaum Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah sekali gus menjadikan Kota Madinah sebuah empayar Islam yang teragung. Oleh itu, petempatan yang menawarkan komuniti yang bersatu padu menjadi idaman sekeluarga. Sesungguhnya perpaduan rakyat merupakan landasan  kejayaan sesebuah negara.


Isi 6- jiran-jiran yang bertegur sapa

Contoh yang diberikan sesuai.


Ayat Huraian yang jelas dan matang

Kosa kata yang digunakan luas



Ayat penegas
    
              Kesimpulannya, petempatan yang selesa, bersih, selamat dan masyarakat yang bersatu padu merupakan petempatan idaman kami sekeluarga. Apa gunanya memiliki rumah banglo  dua tingkat yang tersergam indah tetapi dikelilingi bangunan-bangunan konkrit,kawasan sekeliling tercemar dan jiran tetangga yang mementingkan diri sendiri. Hidup umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bukan pilihan kami sekeluarga. Biarlah rumah itu sederhana tetapi petempatnnya, selesa, bersih , selamat dan masyarakatnya hidup dalam harmoni. Maka dengan ini negara Malaysia akan terus maju di mata dunia.


Penutup
Ulasan yang matang

Cadangan yang bernas

Ungkapan menarik sesuai

Harapan


No comments:

Post a Comment