Tuesday, April 14, 2020

Kehidupan Yang Sihat

Cara-cara Menjalani Kehidupan Yang sihat



Contoh Karangan
Catatan

              Ketika negara kita mengorak langkah menuju alaf ke-21, tahap kesihatan rakyat di negara kita masih berada pada tahap  yang kurang memuaskan. Kesibukan dan kealpaan menyebabkan rakyat lalai terhadap penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. Natijahnya, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kes penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, hipertensi dan sebagainya yang tertinggi di dunia. Persoalannya, apakah cara-cara menjalani kehidupan yang sihat?


Pendahuluan

3 Ayat Ransangan
(AR1, AR2, AR3)


1 Ayat Arah

              Pendekatan yang paling efektif adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Dalam konteks ini, pemakanan yang seimbang bermaksud pemakanan yang mengandungi zat-zat seperti karbohidrat, mineral , vitamin, protein dan seumpamanya dalam amaun yang bertepatan. Kita haruslah banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, sebaliknya mengelakkan makanan berkalori tinggi kerana makanan tersebut meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan obesiti. Jelaslah bahawa pemakanan seimbang merupakan unsur terpenting dalam penjagaan kesihatan.


Isi 1- Pemakanan Seimbang

Ayat huraian
Ayat Contoh





Ayat Penegas

              Di samping itu, kita haruslah banyak bersenam dan bersukan. Mengikut pakar kesihatan, manusia haruslah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan dua puluh minit bagi setiap sesi. Senaman dan sukan seperti berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan dan melatih kekuatan otot, malah dapat mengurangkan stress ibarat sambil menyelam minum air. Kegiatan tersebut akan membantu sistem endokrin untuk menghasilkan hormon endorphin yang berupaya menyelesakan badan seseorang.


Isi 2- Bersenam dan bersukan

Ayat Huraian
Ayat Contoh

Ungkapan menarik

              Selain itu, kita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara tetap, iaitu sekali bagi setiap enam bulan. Pepatah Melayu ada menyebut, mencegah lebih baik daripada mengubati. Misalnya, dengan menjalani pemeriksaan kesihatan, seseorang dapat mengambil langkah pencegahan terhadap penyakit tertentu sekiranya didapati berisiko tinggi. Hal ini demikian disebabkan oleh penyakit boleh menyerang kita pada bila-bila masa tanpa amaran dan kaedah terbaik adalah menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap.


Isi 3 – Menjalani pemeriksaan kesihatan

Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ungkapan menarik

Ayat Penegas


                 Seperkara lagi, tidur dan rehat yang cukup juga penting untuk menjamin kesihatan. Seseorang haruslah mendapatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dengan baik. Contohnya, seseorang yang tidak mendapat rehat yang cukup didapati gagal menumpukan konsentrasi sepenuhnya terhadap pekerjaan ataupun pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kita haruslah memperoleh tidur dan rehat yang cukup, janganlah sampai sudah terhantuk baru tengadah.


Isi 4 – Tidur dan rehat yang cukup

Ayat huraian
Ayat Contoh

Ayat Penegas

Ungkapan menarik

                 Kesimpulannya, kehidupan yang sihat merupakan asas untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiadanya seseorang yang memiliki ijazah berjela-jela atau harta kekayaan yang bertimbun-timbun sekiranya selalu diserang penyakit. Marilah kita mengamalkan kehidupan sihat demi  menjamin produktiviti negara, bak kata pepatah, badan sihat otak cerdas.


Penutup

Ulasan pelajar
Cadangan
Harapan


Karangan di atas merupakan salah satu karangan yang termuat dalam buku Modul BM SPM yang diterbitkan oleh Pasukan Pemikir BM Kerian (Think Tank BM Kerian) pada tahun 2012. Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat,

No comments:

Post a Comment