Contoh karangan
|
Catatan
|
Negara Malaysia telah menyalakan
baraan tekad di pulau cita untuk menjadi sebuah negara yang maju dan gah di
persada dunia dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun demikian, di
sebalik seribu perubahan yang positif, tetap juga terselit duri dalam daging.
Pembangunan negara yang pesat sedikit sebanyak tercalar apabila masalah sosioekonomi
seperti jenayah, rasuah, pembuangan bayi dan sebagainya sering terpampang di
dada akhbar mahupun kaca televisyen. Siapakah yang harus dipersalahkan
apabila masalah-masalah seperti ini berlaku? Sasterawan Negara Usman Awang
pernah berkata, “Jiwa kita dipengaruhi oleh fikiran kita. Jiwa kita berubah apabila
fikiran kita berubah”. Hal ini bermaksud rakyat Malaysia perlulah sedar akan
peranan masing-masing demi menjamin kesejahteraan negara. Kita haruslah
keluar daripada kepompong yang mengongkong kita untuk berfikiran secara
kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, semua rakyat memainkan peranan
penting ke arah kesejahteraan negara.
|
Pendahuluan:
AR1(Ayat Ransangan
1)
AR2- Teknik
Peribahasa
AR3- Teknik Contoh
AR4- Teknik
Persoalan
AR4- Teknik
Pendapat
Pemimpin
AR5
Ayat Arah
|
Langkah utama dalam memastikan
kesejahteraan negara ialah rakyat haruslah menjalin perpaduan yang erat
antara satu sama lain. Sepanjang 53 tahun setelah merdeka, negara kita banyak
mengalami pelbagai cabaran dalam pembangunan negara bangsa. Isu perpaduan
telah dikenal pasti sebagai elemen yang signifikan ke arah mewujudkan
masyarakat Malaysia yang unggul. Oleh sebab itu, seni kata ”rakyat hidup bersatu dan maju”dimasukkan
dalam lirik lagu ‘negaraku’.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
ras, bangsa, agama dan budaya perlulah memecahkan tembok perbezaan kaum
antara satu sama lain demi membentuk perpaduan, bak kata pepatah”bersatu teguh bercerai
roboh”. Kita haruslah mengetepikan segala isu sensitif yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan menjalin silaturahim yang erat bersama-sama rakyat lain.
Contohnya, amalan rumah terbuka dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong
royong merupakan saluran yang efektif untuk menyemai bebenih perpaduan. Melalui
rumah terbuka, kita dapat bergaul mesra dengan kaum lain sempena hari
perayaan masing-masing, di samping memahami budaya dan adat resam mereka
melalui aktiviti kemasyarakatan pula, rakyat dapat bekerjasama menjayakan
sesuatu program. Dengan adanya perpaduan kaum, kestabilan politik negara pasti
dapat dijamin, seterusnya menjana kesejahteraan negara.
|
Isi 1 – menjalin
perpaduan yang
erat
Ayat Huraian yang
jelas.
Contoh yang
diberikan sesuai.
Ungkapan menarik
yang tepat
Ayat penegas
|
Selain itu, rakyat perlulah
sentiasa patriotik dan mensyukuri
nikmat kemerdekaan serta kesejahteraan yang kita miliki. Kita haruslah
berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh negara dan setiap bidang
antaranya pengeluaran kereta nasional,pembinaan Menara Bekembar Petronas dan
Menara Kuala Lumpur,pencapaian Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David
dalam arena sukan antara bangsa dan sebagainya.Tambahan lagi, kita juga perlu
besyukur atas kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh negarawan tersohor dan
mengambil tahu serba sedikit tentang sejarah negara.Hal ini dapat
menyemarakkan semangat patriotisme rakyat,sekali gus mencuba sedaya upaya
untuk membangunkan negara.Contohnya,mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
perlulah dikuasai sejak bangku sekolah.Mata pelajaran Bahasa Melayu mampu
menonjolkan jati diri sebagai rakyat yang bangga akan bahasa sendiri manakala
mata pelajaran Sejarah membolehkan rakytat mengetahui Malaysia dengan lebih
lanjut.Janganlah menganggap sejarah itu sebagai catatan kaku dan bisu yang
tidak menyumbang apa-apa terhadap pembangunan negara.Rakyat juga boleh
menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan demi menghayati erti kemerdekaan
yang sebenar.Sesungguhnya,jikalau setiap rakyat mengambil inisiatif untuk
menyemai semangat patriotik, kesejahteraan negara pasti terjamin.
|
Isi 2
Bersemangat patriotik dan mensyukuri nikmat
kemerdekaan
Ayat Huraian yang
jelas.
Contoh yang
diberikan sesuai.
Kosa kata yang
digunakan luas
Ayat Penegas
|
Di samping itu, rakyat perlulah
menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara. Sejarah
telah membuktikan bahawa rakyat yang tidak taat setia akan mengakibatkan
kedaulatan negara akan tergadai. Rakyat yang mengkhianati negara sendiri akan
berdosa besar kerana pada hakikatnya golongan tersebut sanggup mengorbankan
kedaulatan dan maruah demi kepentingan diri sendiri bagai “enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Misalnya, semasa Melaka menghadapi
serangan portugis pada tahun 1511, terdapat seorang pembelot bernama Si Kitol
yang telah memberiahu pihak Portugis tentang strategi peperangan
Melaka.Akibatnya,pihak Portugis berjaya menjajah Melaka.Bayangkanlah sekira
rakyat seperti Si Kitol berada di negara Malaysia,apakah yang akan
terjadi?Sudah tentunya anasir-anasir negatif akan mempengaruhi minda generasi
muda,seterusnya mengundang campur tangan kuasa lain.Oleh yang demikian,rakyat
perlulah taat setia kepada raja dan negara.Antara tindakan yang mencerminkan
ketaatan termasuklah sanggup mempertahankan negara apabila diserang
musuh,tidak membocorkan rahsia kepada pihak luar,berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu kebangsaan dan lain-lain. Jelaslah bahawa taat setia rakyat
yang tidak berbelah bahagi akan dapat menjamin kesejahteraan negara.
|
Isi 3
Menumpukan taat
setia yang tidak berbelah bagi
Ayat Huraian yang
jelas dan matang.
Contoh yang
diberikan sesuai.
Kosa kata yang
digunakan luas
Ungkapan menarik
tepat
Ayat Penegas
|
Disingkap dari perspektif lain
pula,rakyat juga memainkan peranan untuk menyokong dasar-dasar yang telah
digubal oleh kerajaan. Agenda komprehensif yang telah dirangka oleh kerajaan
bertujuan untuk memacu negara ke arah kemajuan sehingga mencapai misi kudsi
wawasan 2020 yang telah di war-warkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun
Dr.Mahathir Bin Mohamad pada 28 februari 1991. Antara dasar terkini yang
telah digubal termasuklah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Program
Tranformasi Kerajaan (GTP).Sekiranya rakyat tidak memberi sokongan padu,sudah
tentunya program-program seperti ini hanya akan menemu jalan
kebuntuan.Malangnya,masih terdapat segelintir rakyat yang gagal mengambil
tahu dasar-dasar kerajaan ataupun bersikap mengutuk keberkesanan dasar-dasar
tersebut.Sikap seperti ini perlulah dikikis kerana akan mengancam hasrat
kerajaan dan membantutkan pembanggunan negara. Bidalan sering mengatakan
bahawa,”bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana bermuafakat”. Rakyat
seharusnya bekerjasama dengan pemimpin untuk memajukan negara. Contohnya,semasa
berlakunya krisis ekonomi,rakyat harus menyahut seruan kerajaan untuk membeli
barang buatan tempatan.Apabila kerajaan melancarkan kempen,rakyat harus
melibatkan diri dalam aktiviti pengisian kempen secara aktif.Sehubungan
dengan itu,sokongan rakyat yang padu dan penglibatan rakyat yang aktif dalam
pembangunan negara akan menjamin kesejahteraan negara.
|
Isi 4
Menyokong dasar
kerajaan
Ayat Huraian yang
jelas dan matang
Contoh yang
diberikan sesuai.
Kosa kata yang
digunakan luas
Ungkapan menarik
tepat
Ayat penegas
|
Sebagai akhirulkalam, semua
rakyat perlulah menggembleng tenaga tampa prejudis ataupun sebarang
konspirasi demi menjamin kesejahteraan negara.Negara Malaysia tidak akan maju
sekiranya tabiat ‘tidak kisah’ semamin menebal dalam sanubari majoriti
rakyat.Setiap rakyat perlulah sedar bahawa mereka memainkan peranan dan
menggalas tanggungjawab untuk menjana kecemerlangan negara sehingga bakal bergemerlapan di mata
dunia.Kata-kata Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,
“kita berfikir,berdiri dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia.”Oleh
itu,kita haruslah bangkit berlandaskan slogan “ rakyat didahulukan,pencapaian
diutamakan” demi melestarikan kesejahteraan Malaysia.”Sebelum tinta
mengakhiri kata, hayatilah serangkap pantun di bawah:
|
Penutup
Ulasan yang matang
Cadangan yang
bernas
Harapan
|
“Sutera bermutu dibuat baju,
Dipakai dara pulang ke desa;
Rakyat bersatu negara maju,
Hidup sejahtera sepanjang masa”
|
Kreativiti bahasa
|
Karangan pelajar SMK Bagan Serai (SMKBS) 2010. Pada tahun ini saya mengajar di SMKBS.