TEMA : KEMALANGAN JALAN RAYA
TUGASAN : USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN
KADAR
KEMALANGAN DI
JALAN RAYA.
ISI-ISI PENTING :
Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.
Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di
jalan raya.
Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Media massa menyiarkan
dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi kesedaran
kepada pengguna jalan raya.
Kerajaan menjalankan
kempen-kempen secara berterusan.
CONTOH KARANGAN .
Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap
hari, kita boleh membaca berita berkaitan kemalangan di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan
raya berlaku pada musim perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam
kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya..
Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
ialah pemandu mesti memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka
perlu sentiasa menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan
yang baik boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di jalan
raya. Sebaliknya, kenderaan yang tidak diservis boleh mengakibatkan kenderaan
tidak dapat dikawal semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh, kenderaan yang
rosak breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat..Oleh itu,keadaan
kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi
peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Ibu bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan.
.Dengan itu,anak-anak akan mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya.
Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
di negara kita. Sekolah boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Para pelajar akan diberi pendedahan tentang
hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi
kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mereka
akan menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan
raya yang berhemah. Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.
Di samping itu,media massa juga boleh membantu mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan
dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya. Penonton akan menjadikan peristiwa
kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran. Dengan itu,mereka tidak akan
melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu dengan laju dan
menggunakan telefon ketika memandu.
Tindakan ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.
Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya ialah dengan mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya
secara berterusan.. Antara kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati
di Jalan Raya. Kempen ini sangat penting untuk mengubah sikap pemandu agar
lebih berhati-hati di jalan raya. Kempen ini boleh dijalankan di sekolah dan
disiarkan melalui televisyen. Oleh itu,melalui kempen yang berterusan yang
dijalankan oleh kerajaan dapat
mengurangkan kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya
kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan
usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kemalangan sifar
dapat dijadikan kenyataan. Hal ini bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa
Selamat.
No comments:
Post a Comment