TAJUK
:
HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG AKRAB
TUGASAN
:
USAHA-USAHA MEMANTAPKAN HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
ISI-ISI PENTING :
Memberitahu ibu bapa sebelum keluar dari rumah
Ibu bapa menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga
Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan melalui dasar tertentu
CONTOH KARANGAN - YANG MUDAH (Sesuai untuk murid pencapaian
sederhana)
Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini
penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani
gejala sosial. Pelbagai usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan.
Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu
bapa sebelum keluar rumah. Hal ini demikan supaya anak –anak mendapat
keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu.
Hal ini memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak
dan dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu
memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang
bersama anak-anak jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika
akan-anak berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang
bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga
juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu
menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan
hubungan kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga
dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan
kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa
masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.
Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh dilakukan melalui iklan
di televisyen dan surat khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang
menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat
juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke kampung
pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan
peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap
hari sabtu sebagai cuti umum. Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat
meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga. Langkah ini akan
menjadikan hubungan kekeluargaan lebih erat. Sebagai contoh, ibu bapa
membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal
ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam
merapatkan hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan
kekeluargaan yang baik dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan keluarga. Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan
melahirkan rakyat yang penyayang.
No comments:
Post a Comment