Monday, November 9, 2009

Ulang Kaji Soalan Komponen Sastera (CERPEN)


Dengan berdasarkan analisis soalan komponen sastera yang telah dibuat oleh rakan guru Bahasa Melayu melalui blognya, iaitu Cikgu Mohd Zaki Hj. Awang Mat, terdapat 3 cerpen lagi yang belum pernah ditanya dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, pelajar-pelajar hendaklah memfokuskan cerpen-cerpen tersebut semasa membuat ulang kaji komponen sastera SPM. Saya akan memaparkan ringkasan cerita ketiga-tiga cerpen tersebut kali ini untuk membantu pelajar supaya ingat akan ceritanya semula.

1. Cerpen Annyss Sophillea

Ringkasan Cerita

Cerpen ini mengisahkan Annyss Sophillea dari planet Alstonia yang hendak mencari kembarnya, iaitu Eyrique Etiqaz di bumi. Di bumi, dia bersahabat baik dengan Akmal. Setelah gagal mencari kembarnya, Annyss Sophillea kembali ke Alstonia. Dia bertemu dengan Strenn, iaitu sepupunya yang telah merampas kuasa kerajaan Alstonia. Sepatutnya Eyrique Etiqazlah yang mewarisi takhta kerajaan itu.Annyss Sophillea pula berasa yakin bahawa Strenn telah menyembunyikan kembarnya itu supaya dapat terus kekal berkuasa. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari Eyrique Etiqaz. Pada masa itulah Akmal datang untuk memberikan bantuan kepada Annyss Sophillea. Akmal berjaya naik ke Alstonia dengan menunggang eustary. Annyss Sophillea memberitahu Akmal bahawa dia dipisahkan daripada kembarnya supaya mereka menjadi lemah, sebaliknya jika mereka bersatu, mereka akan menjadi sangat kuat.Akhirnya Annyss Sophillea dan Akmal berjaya menemui Eyrique Etiqaz di sebuah bilik kurungan di hujung terowong rahsia. Mereka pun mengeluarkan Eyrique Etiqaz dari bilik kurungan itu. Tenaga Eyrique Etiqaz pulih dalam masa yang singkat apabila dia menyentuh tanduk eustary.Pada masa itu juga, Strenn datang dan menyebabkan dia dan Eyrique Etiqaz beradu kekuatan. Masing-masing memiliki kesaktian untuk mengalahkan lawan masing-masing. Pada suatu peringkat, apabila melihat Eyrique Etiqaz hampir kalah, Akmal mengeluarkan pistol lalu menembak Strenn, namun demikian di Alstonia, sesiapa yang membunuh orang maka dia juga akan turut terbunuh. Oleh sebab itu, Akmal turut tumbang dan merasai kesakitan yang ditanggung oleh Strenn. Walau bagaimanapun, Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz sempat meletakkan tangan mereka pada dada Akmal untuk menyelamatkan nyawa sahabat mereka dari bumi itu.

Aspek komsas yang mungkin ditanya dalam soalan ialah perwatakan dan latar. Oleh itu fokuskan pada perwatakan Daneng dan Cikgu Jo serta latar tempat dan latar masyarakatnya.

2. Cerpen Lambaian Malar Hijau

Ringkasan Cerita

Cerpen ini mengisahkan Daneng, anak orang Asli dari perkampungan di Lembah Tualang yang enggan meneruskan pelajaran walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Daneng sudah meninggalkan sekolah berasrama itu selama enam bulan dan kembali ke tempat tinggalnya semula. Cikgu Jo yang tidak mudah berputus asa terus memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Pada peringkat awalnya Daneng tetap berkeras dan tidak mahu menyambung pelajarannya kerana terlalu cinta akan kawasan hutan yang dianggapnya sebagai warisan nenek moyangnya.Cikgu Jo menasihati Daneng agar melanjutkan pelajaran, kerana dengan ilmu dan kedudukan yang baik, dia akan dapat menjaga hutan itu dengan lebih berkesan. Akhirnya hati Daneng menjadi lembut dan dia bersetuju untuk meneruskan pelajarannya.Dua puluh lima tahun kemudian, Daneng telah berjaya menerima Hadiah Nobel kerana usahanya memulihara, memelihara, dan menambah kawasan hutan di negara ini. Beliau telah dianugerahi gelaran ”Datuk” atas segala usahanya. Cikgu Jo berbangga dengan pencapaian pelajarnya itu. ”Datuk Daneng” sebagai orang yang tidak cepat lupa daratan, terus mengenang jasa Cikgu Jo yang amat besar itu.

Aspek komsas yang mungkn ditanya dalam soalan ialah gaya bahasa, perwatakan dan latar. Oleh itu fokuskan pada gaya bahasa, perwatakan watak utama dan latar tempat, di samping latar masyarakatnya.

3. Virus Zel Untuk Abah

Ringkasan Cerita

Zel ialah seorang gadis yang berusia 20 tahun dan mengalami tekanan perasaan akibat perceraian antara ibu dengan bapanya. Zel sebenarnya dahaga akan kasih sayang ayahnya, tambahan pula ibunya asyik sibuk dengan kerjanya iaitu menguruskan perniagaan komputernya. Zel kecewa kerana ayahnya tidak memahami perasaannya. Ibu Zel ialah seorang wanita yang berpelajaran dan berfikiran terbuka. Dia meminta Zel menerima hakikat bahawa ayah dan ibunya telah berpisah. Ibunya memberikan nasihat supaya Zel jangan menyimpan dendam terhadap ayahnya atau keluarga baru ayahnya. Walau bagaimanapun ibunya membenarkan Zel ke rumah ayahnya yang kini sudah berkahwin dengan Syarifah dan mempunyai tiga orang anak iaitu Awi, Aman, dan Arif.Di samping itu kawan Zel, iaitu Win menasihati Zel supaya jangan bertindak mengikut emosi. Hal ini demikian kerana, Zel sudah berusia 20 tahun dan bakal menjadi penuntut jurusan undang-undang di United Kingdom. Pada suatu hari, Zel mengikut abang tirinya, Awi untuk membeli hadiah sempena hari lahir ayah mereka. Mereka bertengkar ketika memilih warna yang menjadi kegemaran ayah mereka. Perasaan Zel semakin tertekan apabila Awi meminta Zel supaya jangan mengganggu ayahnya lagi.Dendam Zel terhadap ayah dan keluarga barunya membara semula. Dia ingin melepaskan virus Zel untuk memusnahkan Program ZQ 1308 yang sangat penting kepada keluarga ayahnya. Win sempat memujuk Zel supaya membatalkan niat buruknya itu. Akhirnya, Zel membatalkan niatnya untuk membalas dendam walaupun dia tetap berasa sakit hati.

Aspek komsas yang mungkn ditanya dalam soalan ialah perwatakan dan nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu, fokuskan pada perwatakan watak utama dan nilai-nilai kemanusiaan serta pengajarannya.


Pemanasan Global : Dalam Pelbagai Dimensi Soalan


Dipetik daripada Blogs Cikgu Ghalib Yunus (Terima kasih)

Soalan 4(a):

Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan usaha-usaha untuk menangani masalah ini.

Jawapan:

Strategi
T: Pemanasan Global
K: Usaha-usaha
F: Umum/perbincangan

Isi:
1. menjalankan program kitar semula
2. mengharamkan aktiviti pembakaran secara terbuka
3. Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4. penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas
5. Segala bentuk pencemaran hendaklah dihapuskan.

Soalan 4(b):

Dunia pada hari ini dilanda pemanasan global yang akibat kerakusan manusia. Bincangkan kesan-kesan yang timbul daripada fenomena ini.

Jawapan:

Strategi
T: Pemanasan Global
K: Kesan
F: Umum/perbincangan

Isi:
1.Tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi.
2.paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil.
3. Bumi terdedah kepada kejadian bencana alam.
4. Penduduk mengalami risiko kehilangan nyawa dan kecederaan.

Soalan (4c):

Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan punca-punca fenomena ini berlaku.

Jawapan:

Strategi
T: Pemanasan Global
K:Punca
F: Umum/perbincangan

Isi:
1. Kegiatan perkilangan dan industri
2. Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
3. penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas.
4. Segala bentuk pencemaran hendaklah dihapuskan.

Soalan 4(d):

Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan punca-punca dan usaha-usaha untuk menangani masalah ini.

Jawapan:

Strategi
T: Pemanasan Global
K:Punca dan usaha
F: Umum/perbincangan

Isi:

Punca:
1.Kegiatan perkilangan dan industri
2.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal

Usaha:
3.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4.penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluasSoalan

4(e):Dunia pada hari ini dilanda pemanasan global yang akibat kerakusan manusia. Bincangkan kesan-kesan yang timbul daripada fenomena ini dan langkah-langkah untuk menanganinya.

Jawapan:

Strategi
T: Pemanasan Global
K: Kesan dan langkah
F: Umum/perbincangan

Isi:

Kesan:
1.Tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi.
2. Bumi terdedah kepada kejadian bencana alam.

Langkah:
3.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4.penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas

Pedoman Kasih Sayang


Dipetik drpd seorang sahabat dan utk renungan kpd diri saya dan semua...........

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

"Apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"

Wednesday, July 22, 2009

Hidayah - Israk & Mikraj Peristiwa Luar Biasa


ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1) Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Tuesday, July 21, 2009

Iktibar Isra Mi'raj


Hari Isnin, 20 Julai 2009, bersamaan 27 Rejab 1430H, umat Islam seluruh dunia memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa besar dan antara yang terpenting dalam sejarah permulaan Islam itu membawa bersamanya lautan iktibar dan hikmah yang kekal menjadi panduan dan peringatan kepada umat Islam hingga ke akhir dunia.

Antara pengajaran dan perkara utama ditonjolkan menerusi apa yang dialami Rasulullah s.a.w. di dalam peristiwa itu ialah berkaitan kepentingan mendirikan solat. Menerusi peristiwa Israk dan Mikraj Baginda s.a.w. menerima syariat mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
Diriwayatkan juga Nabi Muhammad s.a.w. telah mengimami solat bersama para anbiya dan mursalin.

Episod itu bukan sahaja mengisyaratkan Baginda s.a.w. sebagai penghulu segala anbiya dan mursalin, malah kepimpinan beliau itu dikaitkan pula dengan penghormatan diberikan oleh dalam memimpin ibadat utama kepada Allah.

Peristiwa itu juga dijadikan iktibar betapa Islam amat menekankan solat berjamaah. Sebab itu setiap kali para ulama menceritakan Israk dan Mikraj, mereka tidak akan ketinggalan mengaitkannya dengan kepentingan menjaga solat dan memakmurkan masjid menerusi solat berjamaah.

Amat malang bagi umat kini, meski pun peringatan dan penekanan mengenai kepentingan solat berjamaah sering diulang sebut oleh pelbagai pihak yang menitikberatkan amalan itu, ia masih terlalu jauh untuk menjadi tabiat harian umat Islam.

Fenomena masjid dan surau yang kosong dan lengang terzahir di mana-mana. Semua pihak mengambil daya usaha memperbanyakkan jumlah anggota kariah yang melazimi masjid sedia ada untuk berjamaah.

Kenali Pohon Semarak Api


Beginilah rupanya pohon semarak api yang lazim ditemui. Dalam sajak “Tukang Gunting” karya T.Alias Taib dalam antologi “Kerusi”, pohon inilah yang menjadi pilihan tukang gunting sebagai teduhan tempatnya mencari rezeki.Tentu anda dapat memahami sebab-sebab pohon ini sesuai sebagai tempat menggunting rambut pelanggan berbanding pohon lain. Cubalah fikirkan..
Petikan daripada laman Minda Bahasa

Saturday, July 18, 2009

PPSMI - Pandangan Cendikiawan


PANDANGAN CENDIAKAWAN TERHADAP PELAKSANAAN PPSMI

 
Sasterawan negara Profesor Muhammad Haji Salleh, "Bahasa Melayu bukan sahaja suatu alat komunikasi dan medium untuk mendapatkan ilmu, tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional, agama dan budaya Melayu / Malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera - lisan dan tulisan. Dengan memberi tempat yang lebih dominan kepada bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terdinamik maka kita merampas kemungkinan bahasa kebangsaan kita untuk menjadi bahasa besar dan serba-boleh. Sementara itu kita diingatkan kepada suatu kajian oleh Open University di London yang meramal bahawa dalam 30 tahun bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kitalah dewasa ini untuk memupuk bahasa yang tua lagi indah ini supaya bila sampai pada waktunya bahasa ini sudah benar-benar menjadi bahasa dunia".

 
Profesor Teo Kok Seong, "Ya! Memang, globalisasi telah memberi kesan kepada bahasa-bahasa kecil, atau kita panggil sebagai minor languages ini. Pada zaman globalisasi ini, kita melihat kemusnahan bahasa itu berlaku dengan lebih pantas. Kalau dulu, seperti yang dikatakan dalam teori bahasa, sesuatu bahasa itu akan pupus dal am rentang waktu antara 50 tahun hingga 100 tahun, iaitu kira-kira antara dua generasi hingga empat generasi. Tetapi akhir-akhir ini, semenjak adanya bahang globalisasi, kita melihat bahasa-bahasa kecil itu mulai pupus dalam satu generasi saja. Maksudnya, bahasa-bahasa kecil tidak dapat diwariskan kepada generasi yang lebih muda ini. Sebaleknya, bahasa-bahasa kecil ini kelihatannya sudah diabaikan aspek penggunaannya, yang lama-kelamaan bahasa ini akan hilang dimamah zaman."

Dr. Muhammad Saiful Haq b Hussin, "Janganlah nanti kesan yang lebih dahsyat ialah usaha ini akan menghilangkan jati diri dan akhirnya meruntuhkan ketamadunan bangsa yang telah terbina sejak dahulu lagi".
Petikan daripada Blogs Dr. Muhammad Saiful Haq

Monday, July 6, 2009

ANALISIS SOALAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1


Fokus Soalan 1 (Dimensi Diri)

2004 (N)

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut

2005 (J)

Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.

Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.

2005 (N)

Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Ulas pernyataan di atas

2006 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2006 (N)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT

2007 (J)

Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.

Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.

2007 (N)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2008 (J)

Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 (N)

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya

2009 (J)

Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut.

Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.

**** N - November, J - Jun

Friday, June 26, 2009

Tema - Tema Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5


Tema Karangan Tingkatan 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA
Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

Unit 2 : AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia
Patriotisme
Malaysia Alaf Baru
Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Alam Sekitar
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA
Wawasan Generasi Kita
Patriotisme Generasi Muda
Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT
Amalan Gaya Hidup Sihat
Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya

Unit 9 : KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA
Kebudayaan dan Pelancongan
Malaysia dan Destinasi Pelancongan
Warna-warna Malaysia


Tema Karangan Tingkatan 5


UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA
Rumah Terbuka Aidilfitri
Rumah Terbuka Malaysia
Kemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INIE-Pendidikan
Pendidikan Maya
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI
Tren ERL
Kejayaan Negara dalam Perindustrian
Tren Laju
Harapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA
Bandar dalam Taman
Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
Perpaduan Menjamin Keamanan

UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN
Kerjaya Masa Depan
Kejayaan dalam kerjayaImpian,
Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI
Pendidikan Industri di IPT
Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
Cabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGAN
Kejayaan Melalui Pertanian
Bioteknologi dalam Pertanian
Perkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURAN
Pelaburan Mengubah Masa Depan
Pelaburan Menerusi Saham Amanah
Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATAN
Kesihatan Sepanjang Hayat
Amalan Pemakanan Seimbang
Cegah Sebelum Parah

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA
Malaysia Jaguh Sukan SEA
Sukan Mengharumkan Nama Negara
Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL
Mykad Ciptaan Kita
Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
Seni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN
Memelihara Budaya Bangsa
Anugerah Seni Negara
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia.

Monday, June 22, 2009

Taklimat Modul Bahasa Melayu Gemilang 2009


Taklimat penggunaan modul Bahasa Gemilang 2009 anjuran PPD Kerian telah diadakan pada 23 Jun 2009 di PKG Parit Buntar.

Sebanyak 8 buah sekolah terpilih menghadiri taklimat ini.

Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembina Modul Bahasa Melayu Gemilang yang ditubuhkan hasil daripada cadangan pihak pengurusan PPD Kerian untuk membantu meningkatkan pencapaiab Bahasa Melayu SPM bagi daerah Kerian khususnya dan Negeri Perak amnya.

Dijangkakan lebih 40 guru Bahasa Melayu tingkatan lima dari lapan sekolah berkenaan akan hadir ke taklimat berkenaan.

Taklimat program ini akan disampaikan oleh kumpulan fasilitator yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu dan Guru-guru cemerlang Bahasa Melayu Daerah Kerian. Kumpulan fasilitator ini diketuai oleh Tn. Hj Mohd Saad bin Hashim yang juga Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Bagan Serai.

Sunday, June 21, 2009

Memoir Seorang Guru

Karya Azizi Hj Abdullah

'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.
Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya. Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.-Bekas Murid.

Wednesday, June 3, 2009

Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah


Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS, HALUS atau GARUK
(Ambilan daripada khirkassim.blogspot.com)

[Teks ini telah saya gunakan dengan sedikit penambahan ketika penyampaian ceramah di Kursus Pemantapan Pengurusan Panitia Bahasa Melayu Bagi Sekolah-sekolah Terpilih Negeri Perak pada 1- 3 Julai, di Alor Setar. Terima kasih Cikgu Mohd Khir Kassim]

Pengenalan

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini.

Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.

Cabaran dan Tanggungjawab Guru

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah ituterkawal.Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif.

Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat,demokratik dan bersemangat.Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru.

Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian TindakanGuru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu.

Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.

Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan.

Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula ”IniKah Cinta” (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.PenutupKesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid.

Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.


Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.Cabaran dan Tanggungjawab GuruOleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini.Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal.

Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu.Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat.

Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan.

Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.Teknik Pengajaran yang BerkesanGuru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula ”IniKah Cinta” (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.

Sekian.

Saturday, May 23, 2009

Fikir & Zikir - Sidek Baba

Fikir dan Zikir by Sidek BabaSIDEK BIN BABA


Assalamualaikum sahabat-sahabat, di sini ingin saya kongsikan bersama buku baru yang dikarang oleh Prof. Sidek Baba bertajuk fikir dan zikir. Buku ini menghuraikan cara kita berfikir yang bertunjangkan islam sebagai landasannya. Pemikiran berasaskan barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris. Pemikiran yang berteraskan islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika dan apa yang sangat penting adalah pemikiran yang berasaskan Al-Quran sebagai petunjuk. Buku ini mengambil pendekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu ilmiah agar mudah untuk kita fahami dan santai untuk pembaca umum. Ianya keluaran 2009 oleh DBP. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang dapatkan buku ini dipasaran.