Dipetik drpd seorang sahabat dan utk renungan kpd diri saya
dan semua...........
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan
ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah
sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba
mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang
lain kamu juga yang akan menyesal.
"Apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai
utk kita"
No comments:
Post a Comment