Fokus Soalan 1 (Dimensi Diri)
2004 (N)
Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada
masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang
memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda
untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J)
Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita
itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang
perlu anda ambil untuk mengatasinya.
2005 (N)
Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya
hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat
Malaysia pada masa akan datang.
Ulas pernyataan di atas
2006 (J)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di
peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah
“Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N)
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting
dalam kehidupan pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai
kemahiran ICT
2007 (J)
Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.
Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 (N)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan
peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat
Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J)
Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan
terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
2008 (N)
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda
ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang
yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya
2009 (J)
Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu,
anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut.
Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi
memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.
**** N - November, J - Jun
No comments:
Post a Comment