GENERASI BERWAWAWASAN
OLEH : Muhammad Hasif (5RKA)
Berikut merupakan teks jawapan Bahasa Melayu
1 Bahagian A Peperiksaan AwalTahun 2016
Menghirup udara hasil
kemerdekaan negara, telah banyak kejayaan yang dikecapi oleh negara kita dari
generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Seiring dengan kejayaan ini juga,
kerajaan telah menetapkan garis panduan untuk menjamin sebuah negara maju melalui
generasi-generasi yang terpimpin dan berkaliber berpaksikan wawasan yang
diterap sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini dikira amat penting untuk
memastikan kemaslahatan negara terjamin dengan adanya generasi yang berwawasan
yang mampu mentadbir negara dan masyarakat. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang
perlu ada bagi setiap generasi yang berwawasan? Bagi merungkai persoalan ini,
saya akan menerangkan secara terperinci tentang ciri –ciri yang perlu ada pada
setiap generasi yang berwawasan.
Ciri-ciri yang perlu ada pada
setiap generasi yang berwawasan ialah memiliki semangat patriotik. Hak ini
kerana, apabila individu mempunyai semangat patriotik, dapat melahirkan rasa
tanggungjawab untuk menabur jasa kepada negara. Contohnya, menyumbangkan tenaga
dalam usaha mencapai wawasan sebuah negara yang aman sentosa agar dipandang
mulia oleh negara-negara luar. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri. Jelaslah bahawa semangat patriotik
perlu dimiliki oleh generasi berwawasan.
Selain itu, generasi
berwawasan juga hendaklah sentiasa berusaha menuntut ilmu. Hal ini demikian
kerana, ilmu amat penting untuk membantu seseorang menentukan hala tuju dan
masa depan khususnya dalam alam pekerjaan. Misalnya, seorang peguam perlulah mempunyai
kelayakan akademik yang baik dalam jurusan undang-undang. Dari sudut lain,
dengan ilmu pengetahuan dapat membantu seseorang beramal dan beribadat dengan
sempurna sesuai dengan pepatah arab iaitu ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa
buah. Justeru, jelaslah bahawa generasi berwawasan perlulah sentiasa berusaha
menuntut ilmu.
Seterusnya, generasi
berwawasan mestilah berkemahiran tinggi. Hal ini kerana, kemahiran yang tinggi
membolehkan seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan
profesional. Sebagai contoh, seorang pakar ekonomi dapat membantu menyelesaikan
masalah kemelesetan ekonomi dan inflasi dengan adanya kemahiran untuk
menganalisis pelbagai statistik untuk mencari punca dan penyelesaiannya.
Impaknya, kedudukan ekonomi negara akan lebih stabil untuk bersaing dengan
pasaran global. Natijahnya, jelaslah bahawa kemahiran tinggi perlu ada dalam
diri generasi berwawasan.
Di samping itu, generasi
berwawasan hendaklah saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Hal ini kerana,
dengan bekerjasama, sesuatu masalah dapat ditangani dengan lebih mudah.
Contohnya, apabila berlaku isu-isu besar seperti banjir yang melibatkan bantuan
kewangan dan nasihat, orang ramai dapat memberikan sumbangan tenaga dan
materialiti untuk menjamin kemaslahatan bersama. Kesannya, hubungan
persaudaraan dapat dieratkan sesame warganegara Malaysia. Bak kata pepatah,
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Jelaslah bahawa semangat
kerjasama perlu dipupuk dalam generasi berwawasan.
Kesimpulannya, terdapat
pelbagai ciri yang dapat dipupuk dalam kalangan generasi berwawasan. Sehubungan
itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
melahirkan modal insan yang terdidik dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara
yang maju dan aman.