Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi
sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam
predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun
‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.
Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan
penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis
khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata
kerja.
Untuk keterangan lanjut sila layari blog Cikgu Azmi Masron :
Cikgu, serpihan ayat "hal ini kerana masalah..."
boleh dibahagikan kepada dua klausa. Serpihan ayat ini betul atau sepatutnya
"hal ini demikian kerana ...". Bagaimanakah pula serpihan ayat kedua
dibahagikan? Terima kasih. Drp: Cikgu Yiki,
Jawaban:
Hal ini kerana (x),
Hal ini demikian kerana (x),
Hal ini dikatakan demikian (/),
Hal ini berlaku demikian (/)
Hal ini terjadi demikian (/).
Dalam bahasa Melayu, perkataan "demikian" ialah
kata adverba. Oleh hal yang demikian, kata adverba tidak boleh menjadi inti
subjek atau predikat ayat
Bencana alam terutama banjir begitu kerap berlaku di negara
ini terutama ketika musim hujan. Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa
manusia turut melayang.
Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam
ini.
Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang
sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai
manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi
semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini
akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya
bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau
mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban
manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam
ini.
Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala
petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah
sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran
hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian
sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses
perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana
perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak
berkurun-kurun lalu.
Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan
alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak
berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan
sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan
manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu
sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas
pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana
alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga
dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia
membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal
musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu
tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja
kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih
awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian
pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang
atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah
keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak
bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan
pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran
usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan
mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh
masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam
merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini.
Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan
dengan fenomena pemasan global.
Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai
punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu
menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan
ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk
memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian
bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih
menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.
PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK
Jawapan Nurul Aina Aqilah Abdul Rahim
5RKA
Peperiksaan Percubaan 2015
Semangat nasionalisme bererti semangat cintakan negara.
Selain itu, semangat ini juga didefinisikan sebagai semangat patriotik. Di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Peribahasa ini menggambarkan nilai
kesetiaan yang perlu ada dalam jiwa setiap rakyat terhadap negara tercinta.
Walaupun hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, kita
seharusnya mencurah rasa cinta tidak terhingga terhadap negara tanah tumpahnya
darah kita. Namun, perilaku generasi kini yang lebih memuja budaya barat
sehingga malu untuk menyatakan dirinya sebagai anak timur amat menyedihkan
hati. Justeru, masalah ini perlu diatasi dengan segera agar negara Malaysia
tidak hancur binasa akibat perbuatan rakyatnya sendiri. Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat?
Pada tanggal
31 Ogos 1957, negara Malaysia memperoleh kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajahan British. Hal ini merupakan titik mula bagi Malaysia untuk membentuk
kerajaan sendiri. Justeru, bagi menghargai dan mensyukuri kemerdekaan yang
diperoleh, sambutan hari kemerdekaan diadakan dengan meriah pada setiap tahun.
Sambutan ini diadakan untuk memperingati jasa-jasa pemimpin tanah air yang
telah memerah keringat untuk mempertahankan negara. Penyertaan semua rakyat
tanpa mengira agama, budaya, kelas dan kaum dapat memupuk semangat patriotik
dalam jiwa rakyat. Seperti mana yang kita dapat perhatikan, di negara
Indonesia, rakyatnya begitu menghargai kemerdekaan dengan mengibarkan bendera
tidak kira di mana mereka berada. Hari kemerdekaan tidak seharusnya dianggap
hanya sebagai hari cuti atau hari untuk membeli-belah di kompleks pakaian. Hari
kemerdekaan merupakan masa bagi rakyat untuk mengenepikan segala ideologi
politik. Hari ini adalah hari bagi rakyat untuk mengangkat tangan mengibarkan
bendera ‘Jalur Gemilang’ sambil melaungkan kata-kata yang mempamerkan semangat
patriotik dalam diri. Sehati, sejiwa dan sederap. Semua rakyat daripada
pelbagai lapisan masyarakat haruslah seiring dan sejalan dalam mengorak langkah
untuk memastikan negara Malaysia dapat teguh berdiri hingga ke akhir zaman.
Jelaslah bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat patriotik.
Seterusnya,
pemupukan semangat patriotik dapat dilakukan melalui pendidikan di sekolah mata
pelajaran sejarah dapat dijadikan sebagai medium untuk menanam rasa cinta akan
negara dalam diri pelajar. Unsur-unsur patriotik harus diselitkan dalam
pengajaran oleh para guru. Sebagai contoh, tajuk seperti ‘perjuangan pemimpin
tempatan menentang penjajah’ dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang
keperitan dan kepahitan yang dialami oleh generasi dahulu untuk memperoleh
kemerdekaan. Hal ini dapat menimbulkan rasa kesyukuran dalam diri anak muda
kerana dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Justeru, rasa cinta
yang bercambah dalam diri mereka dapat menjadikan mereka rakyat yang setia dan
patuh kepada negara. Perkara ini bertepatan dengan rukun negara yang kedua
iaitu, kesetiaan kepada raja dan negara. Kata seorang tokoh terkenal, ‘sesiapa
yang tidak mengingati sejarah, pasti akan mengulanginya’. Dengan pemupukan
semangat patriotik melalui pendidikan, diharap anak muda kini dapat terus
memacu negara menuju kejayaan. Jelaslah bahawa pendidikan dapat memupuk
semangat patriotik.
Di samping
itu, semangat patriotik dapat diwujudkan melalui pelancongan. Pihak kerajaan
hauslah menganjurkan tahun melawat Malaysia pada setiap tahun khusus kepada
rakat Malaysia. Justeru, rakyat dapat menghayati keindahan flora dan fauna di
Malaysia dan menyedari warisan turun temurun yang harus dijaga sepanjang hayat.
Hal in dapat menyedarkan mereka untuk menjaga dan mencintai negara Malaysia
yang penuh dengan pelbagai warisan bangsa. Rakyat Malaysia harus mengenepikan
segala unsur perkauman demi menjaga keindahan Malaysia tercinta. Dengan ini
diharap, secebis rasa cinta akan negara akan timbul dalam diri setiap rakyat
dapat memastikan Malaysia kekal indah dengan pelbagai warna alam. Jelaslah
bahawa semangat patriotik dapat dipupuk melalui pelancongan.
Media massa
memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik. Tayangan drama atau
filem berkaitan perjuangan pemimpin negara dapat memberi sedikit gambaran
kepada penonton tentang latar belakang pembentukan negara Malaysia. Namun,
media massa kini kerap menayangkan filem-filem barat yang bukan sahaja
merosakkan fikiran malah ia dapat menghakis jati diri anak muda. Kesannya,
mereka terpengaruh dengan budaya kuning yang menyebabkan generasi kini rosak
minda dan budaya. Walaupun kita berada di negara timur, namun, unsur kebaratan
itu lebih banyak dilihat berbanding unsur ketimuran. Justeru, media massa
seharusnya memenuhi masa tayangan dengan filem yang mempunyai nilai-nilai
positif. Sebagai contoh, filem ‘Embun’ yang menceritakan kisah seorang gadis
Melayu semasa penjajahan Jepun dapat menarik minat penonton. Filem ini
memaparkan nilai ketabahan seorang gadis melawan penjajah. Walaupun usahanya
itu kecil, ia dapat menyedarkan masyarakat untuk terus berani mempertahankan
negara. Jika filem seperti ni menjadi bahan tontonan masyarakat, tidak
hairanlah jika satu generasi berwawasan tinggi dapat terbina. Kata Soekarno,
jika diberikan 10 orang pria, lantas dia dapat menggegarkan dunia. Pemuda
pemudi yang bersemangat waja dapat menjadi pemangkin pembangunan negara.
Jelaslah bahawa semangat patriotik dapat dipupuk melalui tayangan filem.
Ke gunung
sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sebagai warganegara Malaysia yang
berdaulat, marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta yang mendalam
agar negara dapat terus gah berdiri di persada dunia.
Langkah-Langkah Memupuk Semangat
Patriotik Dalam Kalangan Rakyat
Oleh : Nur Shaqireen Zainon (5RKA)
Selepas 446 tahun di bawah penguasaan penjajah, bapa
kemerdekaan Malaysia mengisytiharakan kemerdekaan buat Tanah Melayu pada tarikh
keramat 31 Ogos 1957. Kalimat ... Merdeka! Merdeka! Merdeka!...
dengan bangganya dilaungkan tujuh kali di Stadium
Merdeka. Kedengaran semangat dan titisan air mata
kebahagiaan. Pada tahun 2015 Malaysia akan menyambut kemerdekaan
negara buat kali ke 58. Ketika seusia 58
tahun, jika dibandingkan dengan manusia pastinya kita menggambarkan
seseorang yang matang, mampu berfikir secara rasional dan dapat membuat
keputusan yang bijak serta pastinya lebih memahami asam garam
kehidupan. Namun begitu, 58 tahun belum cukup untuk negara kita
dibanggakan di mata dunia. Kita masih bagai enggang dengan pipit
dengan negara-negara kelas pertama. Tokoh ilmuan barat pernah mengatakan untuk
membina sesebuah negara perkara utama yang perlu ada ialah semangat patriotik
yang tinggi dalam diri rakyat. Hal ini kerana, dengan wujudnya
semangat cinta akan negara akan lahirlah individu-individu yang berjiwa besar
dalam politik, ekonomi dan sahsiah. Oleh sebab itu, kita perlu
memastikan semangat patriotik sentiasa menyala dalam setiap kalbu
rakyat. Semarak api cinta akan negara seharusnya kekal sepanjang
masa bukan seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mestilah memupuk
semangat patriotik, menyiramnya dan membajainya agar semangat itu terus tumbuh
dan berakar di hati rakyat. Persoalannya, apakah langkah-langkah progresif dan
pragmatik yang boleh diambil untuk memupuk semangat patriotik dalam
diri rakyat?
Pakar filsuf dunia pernah menyatakan
“segalanya bermula dari rumah”. Hal ini menunjukkan peri pentingnya institusi
kekeluargaan untuk memupuk semangat patriotik dalam diri seseorang.Ibu bapa
yang merupakan tulang belakang dalam keluarga mestilah mengorak langkah yang
lebih kreatif dan inovatif agar semangat patriotik dapat disemat di dalam diri
anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil ialah membawa anak-anak
bercuti di tempat-tempat bersejarah. Tamsilnya, Bandaraya Bersejarah
Melaka. Anak-anak berpeluang untuk lebih dekat dengan sejarah
seperti melihat sendiri peninggalan kota A-famosa.Selain itu, ibu bapa mestilah
menjadi suri tauladan kepada anak-anak.
Misalannya, mengibarkan Jalur
Gemilang di rumah,kereta mahupun di basikal anak-anak. Hal ini kerana,
anak-anak yang usia setahun jagung dan darah setampuk pinang masih samar-samar
dalam memahami semangat patriotik yang sebenar. Jelaslah, ibu bapa menjadi
pencetus utama untuk memupuk semangat patriotik sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya dan dapat mendatangkan impak yang hebat dalam
kalangan rakyat kerana untuk menanam sesuatu budaya yang baik, pastinya
menggunakan cara yang baik dan tidak berkeras seperti peribahasa bagai menarik
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Pihak kerajaan
juga tidak dikecualikan dalam usaha memupuk semangat patriotik dalam diri
rakyat. Jika kita melihat ke negara jiran, Indonesia pastinya kita merasa
takjub dengan rakyat mereka yang tidak perlu dipujuk dan dirayu untuk menyambut
hari kemerdekaan malah mereka dengan rela hati dan berlapang dada untuk
meraikannya dengan penuh kemeriahan sebagai tanda kesyukuran dan ucapan terima
kasih kepada para pejuang mereka. Jika hendak dibandingkan dengan
kita ibarat langit dengan bumi. Mungkin ini yangt harus di tanggung oleh
Malaysia kerana rakyatnya yang kurang rasa empati terhadap perjuangan untuk
mendapatkan kemerdekaan yang bukannya murah tetapi menunutut seribu satu
perjuangan dan pengorbanan.Rentetan daripada itu, tidak dapat tidak pihak
kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan yang besar untuk menganjurkan kempen
besar-besaran dan menganjurkan hari kemerdekaan bermula di peringkat institusi
pendidikan di seluruh negara dan institusi-institusi awam yang pastinya menelan
belanja yang besar.
Pihak kerajaan juga mula menghias
kawasan-kawasan tumpuan sama ada di ibu kota mahupun desa. Percaya ataupun
tidak mata kita akan diwarnai dengan lautan bendera yaaanggg
menghiasi hamper dddi setiap pelusuk Malaysia. Usaha-usaha ini
membuktikan kerajaan komitmen untuk memastikan semangat patriotic tak lekang
dek ujan tak luput dek panas. Kempen yang diadakan mestilah dapat menarik
minat rakyat dan mampu memberi bekas di dalam hati rakyat. Hasrat
kerajaan pastinya ingin memastikan usaha mereka membuahkan hasil, bukan sekadar
melepaskan batok ditangga dan bagai mencurahkkan air ke daun keladi tetapi
alang-alang mandi biarlah basah. Umum
mengeetahui, kerajaan memberi cuti umum sempena hari
kemerdekaan.langkah ini disambut baik oleh masyarakat kerana mereka berpeluang
untuk menunjukkan rasa cinta akan Negara dengan menyertai perarakkan
kemerdekaan mahupun memberi sokongan kepada anggota masyarakat yang
terlibat.namun begitu,masih terdapat segelintir masyarakat hanya beranggapan
bahawa cuti umum pada hari kemerdekaan sekadar unutuk melepaskan lelah bekerja
atau belajar. Ada juga masyarakat yang bermentaliti dunia ketiga
yang beranggapan bahawa inilah masa keemasan untuk membanjiri gedung
membeli-belah kerana adanya pelbagai jualan murah. Di mana letaknya nilai
patriotik seseorang rakyat jika kita langsung tidak mengambil peduli tentang
peristiwa-peristiwa penting dalam negara kita. Oleh sebab itu,pihak
kerajaan dan masyarakat mestilah berganding bahu untuk memupuk semangat
patriotik dalam diri kerana bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi.Jelaslah
,pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dari kalangan masyarakat.Usaha kerajaan dengan menganjurkan hari
kemerdekaan serta memberikan cuti umum kepada rakyat seharusnya tidak dipandang
sepi tetapi mestilah disambut dengan tindak balas positif oleh masyarakat.
Pada peringkat institusi
pendidikan,khususnya pada peringkat sekolah antara cara yang boleh diambil
untuk memupuk semangat patriotik ialah melalui mata pelajaran Sejarah.Sehingga
kini,Sejarah antara wadah yang mendatangkan kesan positif dalam diri
pelajar.Tokoh sejarawan dunia pernah menukilkan bahawa sesiapa yang tidak
mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya.Kita pastinya tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Langkah murni Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan
semua pelajar lulus dalam mata pelajaran Sejarah bagi yang menduduki peperiksaan
sijil pelajaran Malaysia merupakan satu usaha yang sangat bernas kerana pelajar
yang dulunya memandang enteng akan mata pelajaran Sejarah kerana beranggapan
ianya antara subjek yang membosankan mula menunjukkan minat dalam mata
pelajaran ini apabila mereka cenderung untuk mempelajarinya dengan lebih
mendalam. Peperiksaan bukanlah matlamat aula yang dikejar oleh
pelajar, tetapi peperiksaan adalah alat yang mampu menarik minat para
pelajaruntuk lebih mendalami sesuatu ilmu.Para pealajar harus merenung sejenak
ke belakang agar mereka lebih menghargai kemerdekaan yang diusahakan oleh para
penegak kemerdekaan. Dengan mempelajari ilmu sejarah yang
bertunjangkan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan,dipaterikan pula dengan
ilmu agama yang kukuh pastinya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai semangat
patriotik yang setinggi Gunung Kinabalu. Misalannya,melalui sejarahlah para
pelajar mengetahui bahawa kemerdekaan yang kita
kecapi pada hari ini berkat kesabaran, usaha keras, kerahan keringat,
keberanian dan kebijaksanaan yang menjadi pemacu utama dalam setiap kejayaaan
para perjuang terdahulu.Tamsilnya,keberaniaan yang ditunjukkan oleh Rosli Dhobi
ketika penentangan di Sarawak dan kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan
kemerdekaan melalui diplomasi. Semangat patriotik yang tinggi dari pemimpin
terdahulu pastinya dapat di cerap dan diserap oleh generasi muda kini.
Izharlah,dengan mempelajari sejarah dapat memupuk semangat patrioti dalam diri
setiap rakyat.
Generasi muda pascamerdeka kurang
menghayati kehidupan pada zaman penjajahan kerana celik-celik mata mereka telah
dilimpahi harta, dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit dan pelbagai
mudahan yang menjadikan mereka leka dan alpa dek kesenangan yang melimpah
ruah. Oleh itu inilah signifikannya media massa tidak kiralah media
cetak mahupun media elektronik menyedarkan mereka daripada lamunan
indah.Semangat patriotik yang kian luntur dalam diri mereka mestilah dicorakkan
semula. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memaparkan
iklan-iklan berbentuk kesedaran kepada mereka. Inilah masanya untuk
mendendangkan lagu-lagu patriotik di corong-coong radio. Selain itu,bagi
mengimbau sejarah perjuangan peminmpin tempatan filem-filem bercorak patriotik
seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun, Sarjan Hassan dan lain-lain lagi seharusnya
menjadi pilihan untuk ditayangkan semula di siaran-siaran televisyen. Hal ini
kerana, filem yang sarat dengan pengajaran boleh menyalakan sumbu di dalam hati
para penonton akan semangat patriotik yang kian suram dan mempertahankan maruah
agama, negara dan bangsa yang telah lama dibiarkan terpadam di dalam
diri. Jelaslah, media massa antara wahana penting untuk menyampaikan
semangat patriotik dalam diri seseorang.
Kesimpulannya, sebagai anak watan
yang akan menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa hadapan, kita semua perlu
sehati sejiwa dan sederap melangkah dengan semangat patriotik yang tinggi dalam
diri. Kini bukan masanya untuk menunding jari kepada pihak lain
tetapi inilah masanya untuk kita sama-sama memperbaiki diri
masing-masing. Semangat patriotik yang tinggi seperti rela bekorban
hingga ketitisan darah yang terakhir demi kepentingan negara mestilah disemat
dalam diri masing-masing. Obligasi mengekalkan kemerdekaan negara
tertanggung di bahu setiap rakyat Malaysia. Kita mestilah
mempertahankan maruah negara daripada diinjak-injak oleh bangsa
asing. Akhir sekali, walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan
jika tanpa pelaksanaan, sekadar angan-angan kosong untuk melahirkan insan yang
berjiwa waja dan bersemangat patriotik maka berpuas hatilah kita dengan retorik
tanpa noktahnya.