Masih ramai penutur bahasa Melayu yang melakukan kesalahan
penggunaan kata tugas. Telitikan kesalahan penggunaan kata tugas dalam
ayat-ayat berikut dan semak pembetulannya.
[ (a): salah, (b): betul)]
1(a) Oleh kerana kedudukan kewangannya tidak stabil, dia
membatalkan hasratnya untuk membeli saham yang berkenaan.
b) Oleh sebab kedudukan kewangannya tidak stabil, dia
membatalkan hasratnya untuk membeli saham yang berkenaan.
2 (a) Selain daripada bermain golf, ayah juga mempunyai hobi
memasak.
(b) Selain bermain golf, ayah juga mempunyai hobi memasak.
3 (a) Mereka saling ziarah- menziarahi sambil bermaafan di
pagi hari raya.
(b) Mereka saling menziarahi samabil bermaafan pada pagi
hari raya.
4 (a) Penduduk kampung disarankan agar tidk membuang sampah
di dalam sungai bagi mengelakkan pencemaran air.
(b) Penduduk kampung disarankan agar tidak membuang sampah
ke dalam sungai bagi mengelakkan pencemaran air.
5 (a) Wau kepunyaan Atan yang tersangkut di tiang telefon
itu, koyak.
(b) Wau kepunyaan Atan yang tersangkut pada tiang telefon
itu, koyak.
No comments:
Post a Comment