Sebenarnya kata sendi nama dari dan daripada mempunyai
pengertian yang berbeza dalam sistem tatabahasa Melayu.
1 : Dari: Kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.
Contohnya :
Ahmad datang dari mana?
Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.
2 : Daripada : Kata sendi daripada hadir di hadapan kata
nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut :
a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, benda
dan unsur mujarad. Contoh:
Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya yang kini sedang
menunaikan fardu haji.
Ahmad dapat menyelesaikan masalah itu hasil daripada
ketabahannya menghadapi dugaan.
b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu
benda.
Kain yang dipakai oleh Puan Mariam diperbuat daripada
sutera.
Raja menerima berita kemenangannya dalam pertandingan
melukis daripada berita yang disiarkan melalui televisyen.
c) Menyatakan sebahagian daripada semua. Contoh :
Enam orang daripada mereka mati disambar petir.
Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah
masing-masing.
d) Menyatakan perubahan , perbezaan atau perbandingan contoh
:
Adik lebih tinggi daripada abang
Pendapatan yang dikemukakan jauh lebih matang daripada
usianya yang sebenar.
e) Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata
kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan
untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya :
Lebih baik menjawab soalan daripada tidak menjawab langsung.
Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat,
membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.