Contoh Karangan Cemerlang
Bahagian B Setiap orang ingin akan kawasan
petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri- ciri sebuah petempatan
yang menjadi idaman anda sekeluarga |
|
Contoh
karangan |
Catatan |
Petempatan memainkan peranan
yang sangat penting dalam sesebuah tamadun(AR1). Tanpa sebuah petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah
Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan sebagainya(AR2). Sebuah petempatan yang maju dapat menjadi pendorong kepada kegemilangan sesebuah tamadun(AR3). Bagi saya dan keluarga
petempatan yang selesa , bersih dan selamat menjadi pilihan(Ayat Arah). |
Pendahuluan: AR1(Ayat
Ransangan 1) AR2 AR3 Ayat Arah |
Keselesaan adalah perkara
penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih sesebuah petempatan. Apa
gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga beratus-ratus ringgit tidak
selesa untuk didiami oleh pemiliknya. Bukankah ini satu kerugian namanya. Keadaan sekeliling yang
masih mengekalkan keadaan geografinya serta bebas daripada pencemaran amat sesuai
bagi kami sekeluarga yang sangat mencintai flora dan fauna. Setelah penat
sehari-harian menjalankan tugas di kota metropolitan yang dipenuhi dengan
gas-gas beracun seperti gas karbon dioksida, gas karbon monoksida dan
sebagainya, sebuah petempatan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau,
burung-burung berkicauan, udara yang segar serta bunyi deruan air sungai
dapat mengembalikan ketenangan fikiran serta mencergaskan badan yang
kelesuan. Oleh itu, sebuah petempatan yang berada di pinggir kota menjadi
pilihan saya dan keluarga. |
Isi 1 –
Keselesaan Ayat Huraian
yang jelas. Contoh yang
diberikan sesuai. Ayat penegas |
Selain itu, sebuah petempatan
yang tersusun turut menjadi pilihan. Semasa tamadun Indus, Bandar Harappa,
mempunyai susunan bangunan yang sangat terancang. Bangunan berbentuk segi
empat disusun rapi pengaplikasian ilmu matematik dan geometri telah
menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang gemilang. Petempatan yang
terancang lebih menyedapkan mata yang memandang jikalau dibandingkan dengan
sebuah petempatan yang bangunannya disusun sesuka hati. Fikiran yang sudah
sarat dengan masalah di tempat kerja akan menjadi lebih serabut apabila
terpandang keadaan petempatan yang tidak terancang.Jelaslah bahawa, sebuah
petempatan yang tersusun dapat membentuk sebuah organisasi yang kukuh dan hal
ini telah dibuktikan oleh tamadun-tamadun sebelum ini. |
Isi 2 –
petempatan yang tersusun. Ayat Huraian
yang jelas. Contoh yang
diberikan sesuai. Kosa kata yang
digunakan luas Ayat Penegas |
Kebersihan sesuatu tempat amatlah penting
kerana kebersihan tempat tinggal menjamin kesihatan penduduk. Cuba bayangkan
sebuah petempatan yang mempunyai sistem perparitan yang tersumbat disebabkan
oleh sampah sarap, tempat pembuangan sampah yang tidak pernah dibersihkan
serta anjing-anjing liar berkeliaran di sana sini. Keadaan ini pasti
mengundang penyakit berbahaya seperti denggi, taun, keracunan makanan dan
sebagainya. Jikalau saya memilih petempatan seperti ini, nescaya kos
perubatan keluarga saya akan meningkat dan generasi saya pada masa akan
datang berpotensi tinggi mengalami sebarang penyakit. Saya tidak tergamak
mahu merampas masa depan generasi akan datang. Hanya kerana sikap tidak
prihatin akan kebersihan seluruh generasi saya akan menanggung akibatnya.
Oleh yang demekian, petempatan yang bersih pasti menjadi pilihan kami. Bak
kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. |
Isi 3- tempat
tinggal yang bersih Ayat Huraian
yang jelas dan matang. Contoh yang
diberikan sesuai. Kosa kata yang
digunakan luas Ayat Penegas Ungkapan menarik
tepat |
Petempatan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan
kemudahan- kemudahan lain adalah menjadi impian banyak keluarga, begitu juga
dengan keluarga saya. Dengan adanya kemudahan seperti sekolah, klinik, taman
rekreasi, telefon awam dan sebagainya dapat menjadikan kehidupan sesebuah keluarga
lebih mudah. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan seperti sekolah, ibu
bapa tidak perlu bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke tempat yang
lebih jauh untuk menuntut ilmu. Ada pepatah mengatakan menuntut ilmu hingga
ke negeri China. Namun, pada usia yang mentah, anak-anak lebih mementingkan
keseronokan daripada keselamatan . Dengan adanya sekolah yang berhampiran
dengan tempat tinggal, tidak perlulah saya berasa bimbang akan keselamatan
anak-anak ketika mereka pergi mahupun pulang dari sekolah kerana saya akan
menghantar dan mengambil mereka pulang. Risiko penculikan atau pemerdagangan kanak-kanak
dapat dihindari. Sesungguhnya kemudahan infrastruktur yang lengkap dapat
menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu menjadi lebih bahagia.
|
Isi 4- terdapat
kemudahan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan lain. Contoh yang
diberikan sesuai. Ungkapan menarik
tepat Ayat Huraian
yang jelas dan matang Kosa kata yang
digunakan luas Ayat penegas |
Kemudahan lain seperti pengawal
keselamatan yang mengadakan rondaan yang kerap dapat mengatasi masalah
penculikan dan rompakan yang sering berlaku di negara kita belakangan ini.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, tahap keselamatan penduduk di kawasan
petempatan tersebut lebih terjamin. Tambahan pula, dengan adanya
pekerja-pekerja yang diupah bagi menjaga kebersihan kawasan tersebut dengan
memastikan sampah-sampah dikutip dan dibuang ke tempat pelupusan sampah,
rumput-rumput dipotong, sistem perparitan berfungsi dan sebagainya lagi.
Petempatan yang mempunyai ciri-ciri ini amat bersesuaian dengan keluarga
kami. |
Isi 5- kemudahan
keselamatan Contoh yang
diberikan sesuai. Ayat Huraian
yang jelas Ayat penegas |
Apa gunanya jikalau sebuah
petempatan itu cantik dan bersih tetapi jiran sebelah-menyebelah tidak bertegur sapa. Keluarga kami sangat mementingkan semangat kejiranan
kerana perkara ini ada ditekankan di dalam Al-Quran. Pembangunan sesebuah
negara bergantung kepada perpaduan rakyat . Perpaduan rakyat bermula dengan
semangat kejiranan yang jitu. Jiran yang mengambil berat akan perihal
jirannya serta bersedia membantu jirannya yang berada di dalam kesusahan
dapat memajukan sesebuah negara. Komuniti yang mesra serta mengambil berat
antara satu sama lain adalah satu komuniti yang menjaminkan kehidupan yang
bahagia. Perkara ini telah dibuktikan dengan pembukaan Kota Madinah oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Kesediaan kaum Ansar
membantu kaum Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah sekali gus menjadikan Kota
Madinah sebuah empayar Islam yang teragung. Oleh itu, petempatan yang
menawarkan komuniti yang bersatu padu menjadi idaman sekeluarga. Sesungguhnya
perpaduan rakyat merupakan landasan
kejayaan sesebuah negara. |
Isi 6-
jiran-jiran yang bertegur sapa Contoh yang
diberikan sesuai. Ayat Huraian
yang jelas dan matang Kosa kata yang
digunakan luas Ayat penegas |
Kesimpulannya, petempatan yang
selesa, bersih, selamat dan masyarakat yang bersatu padu merupakan petempatan
idaman kami sekeluarga. Apa gunanya memiliki rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah tetapi
dikelilingi bangunan-bangunan konkrit,kawasan sekeliling tercemar dan jiran
tetangga yang mementingkan diri sendiri. Hidup umpama enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing bukan pilihan kami sekeluarga. Biarlah rumah
itu sederhana tetapi petempatnnya, selesa, bersih , selamat dan masyarakatnya
hidup dalam harmoni. Maka dengan ini negara Malaysia akan terus maju di mata
dunia. |
Penutup Ulasan yang
matang Cadangan yang
bernas Ungkapan menarik
sesuai Harapan |
Komen pemeriksa: Tugasan : menjawab tugasan dengan tepat Idea : Idea relevan dan dihuraikan
dengan jelas dan matang Bahasa : Gramatis, kosa kata luas dan tepat Pengolahan : menarik dan berkesan
serta matang. Kategori : Cemerlang
|
|