Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS,
HALUS atau GARUK
(Ambilan daripada khirkassim.blogspot.com)
[Teks ini telah saya gunakan dengan sedikit penambahan ketika
penyampaian ceramah di Kursus Pemantapan Pengurusan Panitia Bahasa Melayu Bagi
Sekolah-sekolah Terpilih Negeri Perak pada 1- 3 Julai, di Alor Setar. Terima
kasih Cikgu Mohd Khir Kassim]
Pengenalan
Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar
mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi
kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk
memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian,
terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid
sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis
cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan
lemah sahaja dalam perbincangan kali ini.
Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid
pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak
menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah
disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel
murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif.
Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang
lemah ini.
Cabaran dan Tanggungjawab Guru
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas
lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian,
jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain
itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas
kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai
untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek
yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan
kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah
ituterkawal.Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang
menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak
mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal
oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan
atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut
peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika
berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal,
barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini,
guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka
memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah
dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu
memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga
perlulah berfikir secara positif.
Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka
kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi
akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan
oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan
di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang
berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga
sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang
demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang
berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat,demokratik
dan bersemangat.Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah
laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan
pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang
efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik
hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam
melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu
mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian,
pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan
guru.
Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan
mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap
mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah.
Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang
lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif
pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru
juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak
membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik
dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga
seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan
bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu
memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai
untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.
Kajian TindakanGuru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di
dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti
kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau
merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid
di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh
murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau
teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu.
Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu
murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau
teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya
itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh
berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang
berkesan itu.
Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari
cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak
seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba
pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan
cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan
berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh
mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh
murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara
yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau
menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik
tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang
perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga
boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis
sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.
Teknik Pengajaran yang Berkesan
Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran
yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak
berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah
pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah
ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan
aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan
aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan
mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh
yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik
perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa
pengajaran dan pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering
mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam
mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas
terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid
perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan
tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru
perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan
bimbingan.
Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih
kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid
tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu
menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada
guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa
dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid
yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang
menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah
memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus
dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan
yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah
diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru
hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid
sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu
cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.Guru-guru juga
harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk
formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya,
gunakan formula ”IniKah Cinta” (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi
karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan
kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah
kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan
terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih
pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru
perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan
bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah
teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu
lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam
peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam
peperiksaan.PenutupKesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang
lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian,
guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam
kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa
belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas
semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang
tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid.
Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu
sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah
atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat
kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa
mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan
jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang
diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang mengikut kemampuan masing-masing.
Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar
mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi
kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk
memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian,
terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid
sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis
cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan
lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu
dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti
ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan
sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar
bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label
atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita
benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.Cabaran dan Tanggungjawab
GuruOleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang
mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun
demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak
bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa
bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang
menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah
ini.Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah
kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di
dalam kelas murid lemah itu terkawal.
Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang
menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak
mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal
oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan
atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut
peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika
berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan
oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru
memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu
menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika
mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana
mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti
murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka
dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara
positif. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka
kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi
akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan
oleh guru itu.Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di
dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang
berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga
sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang
demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang
berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik
dan bersemangat.
Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku
pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan
atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif
mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati,
bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam
melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu
mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian,
pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan
guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka
kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap
mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah.
Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang
lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif
pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru
juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak
membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik
dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga
seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan
bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan
contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk
menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.
Kajian Tindakan.
Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas.
Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan
murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat
murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di
dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh
murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau
teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu.
Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu
murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau
teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya
itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh
berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang
berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari
cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak
seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba
pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan
cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan
berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh
mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh
murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu
guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru
sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika
jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu
mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak
disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal
selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara
guru mengajar murid.Teknik Pengajaran yang BerkesanGuru-guru seharusnya peka
dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah
berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah
tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka.
Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran
guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka.
Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands
on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian
murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah
memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru
yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.
Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa
pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan
kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap
murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu
diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas
semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu
mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya
memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis
dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana
murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru
perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat
kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga
manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka.
Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk
kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri
mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar
untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar
berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam
peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa
mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata
semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam
peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis
perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di
dalam kelas.
Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang
berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu
fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula ”IniKah Cinta” (Isi, Kesan dan
Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu,
guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan
itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping
itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap
kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti.
Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan.
Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan
perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting
yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka
sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.
Penutup
Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah
memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru
perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk
menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu
elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan
perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid
dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah
masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk
memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa
kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu
perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita
diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan
masing-masing.
Sekian.